Friday 30 May 2014

Symptom kerosakan vs alat ganti rosak

Pada catatan kali ini , saya ingin berkongsi maklumat berkaitan kerosakan-kerosakan peralatan elektronik yang selalu berlaku dan punca - punca kerosakan serta alat ganti yang telah rosak yang menyebabkan peralatan tersebut tidak dapat berfungsi.

Tahukah anda
Semua peralatan elektronik ini mempunyai 3 litar asas

  1. Litar Sumber bekalan ( Input Supply Circuit )-untuk membekalkan kuasa , signal ,data  pada litar-litar lain agar dapat berfungsi sepenuhnya. Contohnya: bateri, litar bekalan kuasa,papan kekunci,sensor dan lain-lain.
    Bateri
      
    Power supply /Litar bekalan kuasa ****mesti ada transformer

  2. Litar kawalan ( Controller circuit)- Mengawal segala operasi peralatan contohnya : kawalan gambar,kawalan motor,kawalan kepanasan dan lain-lain.
    Controller board/litar kawalan ***mesti ada CPU IC .
  3. Litar keluaran - adalah fungsi sebenar peralatan.Contohnya :
  •  Motor Assy - Berpusing untuk menggerakan beban / proses cucian dan lain-lain 
  • LCD- memaparkan gambar pada skrin.
  • Speaker-mengeluarkan bunyi untuk muzik dan suara. 
    LCD Panel

    Motor assy

    Heater element

    Speaker assy

Antara symptom kerosakan yang selalu berlaku  dan kerosakan komponen berdasarkan pengalaman dan kutipan data yang telah saya buat adalah seperti dibawah. Mungkin maklumat ini kurang lengkap dan boleh ditokok tambah oleh rakan-rakan pembaca yang lain untuk makluman semua.

JENIS KEROSAKAN DAN ALAT GANTI ROSAK

Jenis kerosakan
Jenis Peralatan
Peralatan Elektronik
Kemungkinan Komponen-komponen rosak
Alat tiada bekalan kuasa
Peralatan Rumah
TV , DVD , Mesin Basuh, , Peti Sejuk , Hi-Fi , Periuk nasi, Penyaman Udara

Litar bekalan kuasa
·         Fius
·         Resistor
·         Diod
·         zener diod
·         relay
·         Transformer
·         Mosfet
·         Transistor
·         IC
Peralatan Pejabat
Komputer, LCD Monitor , Mesin Fax , Telefon , Fotostat

Peralatan Industri
Mesin Stamping,
Binding,Laser, Robotic, Feeder System,Servo Motor ,Inverter System

Peralatan Hospital
Mesin X-Ray,Dialysis , ECG,Defibrillator , Mesin bedah, NIBP.

Ada bekalan kuasa tetapi tiada gambar
Peralatan Rumah
TV , Komputer Monitor
Litar Kawalan
·         CPU IC
·         Kapasitor
·         Oscillator
·         kristal
Litar Keluaran / Display
·         Resistor
·         Kapacitor
·         Transformer
·         zener diod
·         transistor
·         mosfet
·         Video IC
·         Display Unit
Peralatan Pejabat
LCD Monitor ,Laptop ,
Komputer , Fotostat

Peralatan Industri
Mesin Stamping,
Binding,Laser, Robotic, Feeder System,Servo Motor ,Inverter System

Peralatan Hospital
Mesin X-Ray,Dialysis , ECG,Defibrillator , Mesin bedah, NIBP.

**semua maklumat ini berdasarkan pengalaman baik pulih dan kutipan data selama hampir 25 tahun dalam bidang baik pulih peralatan elektronik.**


Jenis kerosakan
Jenis Peralatan
Peralatan Elektronik
Kemungkinan Komponen-komponen rosak
Ada bekalan kuasa tetapi tiada suara /bunyi /Alarm
Peralatan Rumah
TV,Radio,Hi fi, Amplifier ,
Komputer , Laptop

Litar Kawalan
·         CPU IC
·         Capacitor
·         Oscillator
·         Kristal
Litar Keluaran / Audio
·         Pico Fius
·         Capacitor
·         Resistor
·         Audio IC
·         Transistor
·         Speaker
Peralatan Pejabat
Komputer, Laptop ,
Mesin Fax , Telefon

Peralatan Industri
 Mesin Stamping,
Binding,Laser, Robotic, Feeder System,Solder Mesin

Peralatan Hospital
Dialysis , ECG,Defibrillator , Mesin bedah, NIBP, Ventilator ,Anaesthesia , Patient Monitor.

Ada bekalan kuasa tetapi alat tidak panas
Peralatan Rumah
Periuk nasi,Cerek , Mandian panas

Litar Kawalan
·         CPU IC
·         Capacitor
·         Oscillator
·         Kristal

Litar Keluaran
·         Thermal Fius
·         resistor
·         Triacmostat
·         The
·         heater element
Peralatan Pejabat
Fotostat , Mesin Laminate
Peralatan Industri
Solder Mesin , Mesin Chiller , Incubator

Peralatan Hospital
Incubator , Radiant Warmer , Mesin terapi

**semua maklumat ini berdasarkan pengalaman baik pulih dan kutipan data selama hampir 25 tahun dalam bidang baik pulih peralatan elektronik.**

  

Jenis kerosakan
Jenis Peralatan
Peralatan Elektronik
Kemungkinan Komponen-komponen rosak
Ada bekalan kuasa tetapi Motor tidak berpusing
Peralatan Rumah
Mesin basuh
Litar Kawalan
·         CPU IC
·         Capacitor
·         Oscillator
·         Kristal
Litar Keluaran
·         Fius
·         Capacitor
·         Diod
·         Relay
·          transistor
·         Mosfet
·         IGBT
·         Motor Driver IC
·         Motor assy
Peralatan Pejabat
Printer , Fax
Peralatan Industri
Mesin Stamping,
Binding,Laser, Robotic, Feeder System,Solder Mesin

Peralatan Hospital
ECG,Defibrillator , NIBP,  Patient Monitor , X-Ray , Ultrasound

Tiada bekalan kuasa dan fius sentiasa putus ( blow) apabila diganti.
Peralatan Rumah
TV , DVD , Mesin Basuh, , Peti Sejuk , Hi-Fi , Periuk nasi, Penyaman Udara
Litar bekalan kuasa
·         AC Filter
·         Diode
·         Bridge Diode
·         Transformer
·         Mosfet
Litar Keluaran
·         Mosfet
·         Triac
·         IBGT
·         Motor Assy
·         Heater Assy

Peralatan Pejabat
Komputer, LCD Monitor , Mesin Fax , Telefon , Fotostat
Peralatan Industri
Mesin Stamping,
Binding,Laser, Robotic, Feeder System,Servo Motor ,Inverter System

Peralatan Hospital
Mesin X-Ray,Dialysis , ECG,Defibrillator , Mesin bedah, NIBP.

**semua maklumat ini berdasarkan pengalaman baik pulih dan kutipan data selama hampir 25 tahun dalam bidang baik pulih peralatan elektronik.**

 Itulah antara symptom kerosakan peralatan elektronik  yang selalu berlaku dan alat ganti / komponen yang selalu berlaku kerosakan. Diharapkan maklumat ini dapat membantu para pembaca jika menemui situasi seperti yang dinyatakan. Akan datang saya kongsi maklumat pulak berkaitan anggaran kos yang perlu dibayar bila berlaku kerosakan alat dan kos yang diperlukan jika kita berupaya melakukan sendiri atau...DIY ( Do it Yourself)...Jumpa lagi di blog seterusnya...


Thursday 29 May 2014

Dunia kehidupan dan Teknologi Elektronik ( gadget)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini , kehidupan kita semakin mudah dengan adanya bermacam peralatan elektronik yang canggih samada di rumah, sekolah , pejabat , perkilangan , hospital dan lain-lain.




 
Tahukah anda 
Semua peralatan tersebut terdiri dari pelbagai komponen elektronik yang bergabung didalam litar yang menyebabkan segala operasi peralatan dapat berfungsi dengan baiknya. Namun setelah beberapa tahun peralatan tersebut akan mula mengalami kerosakan disebabkan beberapa faktor. Contohnya hayat komponen,litar pintas , kilat dan lain-lain.


Oleh itu, diruangan blog ini, saya ingin berkongsi maklumat dan sumber berkaitan kerosakan pada peralatan elektronik serta tip dan teknik baik-pulih peralatan khususnya mereka yang cenderung untuk melakukannya sendiri dirumah. Bagi yang tiada asas elektronik pun boleh mencuba melalui beberapa rujukan yang kami sediakan. Jumpa lagi di blog seterusnya ...nanti..............